Wednesday 3 October 2012

KEGIGIHAN


Biar ombak menghempas
Biar onak mengganas
Tidak akan terhapus
Tidak akan tercalar
Dia yang yakin dia yang berani.


Biar persekitaran jadi jemu
Biar harta jadi abu
Tidak akan cair
Tidak akan lumpuh
Dia yang sarat dengan impian
Dia yang sarat dengan pedoman.


Biar berat kewajipan
Biar pahit pengalaman
Tidak akan pendam jiwa
Dia yang sarat
Dengan keikhlasan
Dia yang sarat
Dengan keazaman

CERITERA UMUM BAHASA

Bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya. Ayat terbina daripada satu atau beberapa patah perkataan yang bermakna. Frasa ialah binaan satu perkataan atau beberapa perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar. Perkataan ialah gabungan huruf yang membentuk bunyi atau makna tertentu. Bahasa Melayu terbentuk daripada dua komponen yang utama iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi ialag pembentukan golongan kata manakalaa sintaksis ialah pembentukan ayat. Tatabahasa pula ialah hukum atau peraturan berbahasa yang bersistem.