Monday 26 November 2012

SeTiaP PeRTeMuaN PaSTi aDa PeRPiSaHan

Setelah enam tahun menuntut ilmu di Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau, kalian amat bermakna buat kami semua khususnya pihak sekolah. 19 November 2012 menjadi detik bersejarah buat kalian semua kerana segala usaha yang kalian lakukan telah membuahkan hasil yang tidak menghampakan kami semua. Namun, apa yang mampu cikgu katakan ialah teruskan perjuangan kalian pada masa akan datang. Masih jauh langkah yang perlu dilalui kerana kalian adalah generasi muda yang bakal membangunkan negara. 
Inilah kenangan abadi yang tersemat dalam memori kita semua.

Sunday 25 November 2012

kENaNGaN BeRSaMa aNak DiDiK....

Bak kata pepatah,
Jauh perjalanan luas pemandangan....inilah dia antara aktiviti yang kami lakukan untuk membuka minda para Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2012 yang terpilih untuk meneroka ilmu yang tinggi seperti nama tempat yang kami lawati iaitu Universiti Malaysia Pahang. Lawatan ini sempena memperingati pengorbanan Mat Kilau iaitu pahlawan negeri Pahang yang dahulu kala menjadi sebutan orang ramai betapa beraninya beliau dalam memperjuangkan hak asasi manusia di Tanah Melayu.